Harga Silver Melepasi 300 DMA

selamat pagi.

tiba2 je terasa nak tengok chart harga silver masa bangun tadi..

peh... harga dah melepasi USD35.3. Aku rasa semua orang telah lama menunggu bila la.. harga nak melepasi 300 DMA (USD 34.6). Nampaknya harga telah melepasi USD35. Kita tengok macam mana. Jika ia mampu bertahan USD35. hope harga akan terus meningkat hingga ke harga target semua pengumpul and penyimpan silver bar USD50

so mari tengok graf terbaru.




so. kalu sesiapa yang beli masa harga USD26 ( macam aku hari tu :) ) now nak jual boleh la.. merasa keuntungan.

hari tu beli masa beli 500g harga RM1880
then kalu aku jual kat orang lain now harga semasa RM 2231. So dah untung dalam RM 351 dalam masa tak sampai 2 bulan.

then katakanlah x ada sapa nak beli. so aku jual balik la.. kat company asal. now harga semasa WE BUY RM1941. Keuntungan RM 61.

RM 61 aku boleh beli 10g silver bar. he..he..he

No comments:

Post a Comment