Blog suram sebab harga silver pun tengah suram je..

Salam Semua

Apa mood korang semua.. dengan harga silver yang tengah suram sejak hampir sebulan nie..



Tanya aku memang suram la.. sebab plan nak jalankan project emas+ arahnu + silver.

dah terbantut dah. upah simpan untuk bulan ni dah jadi RM100. ehmm boleh dapat 1 Oz Silver.  But terdengar khabar2 angin yang susah nak percaya harga silver akan naik.. target aku kalu spot menjejah USD30.. aku akan let go silver yang hari tu.

Then Tebus balik Emas sebab second project dah x lama.. keuntungan yang boleh jugak mencapai RM1000.


Hope harga boleh naik untuk hujung bulan nie


Simpanan Bulan 2

Salam

Sebenarnya dah lama nak update pasal simpanan silver untuk bulan Feb. Tetapi kesibukkan masa yang menyebabkan kan terbantut sikit

So bulan 2 nie dah 4 OZ keping silver. memang target la..

nie masa beli masa awal bulan 2.




Harga = RM210. so tolak pos express RM4 . jadi satu silver bar bernilai RM108. Ehm memang dalam lingkungan budjet aku la.. RM100-RM120

Bulan 2 jugak harga silver jatuh merundum. masa nie kita patut beli menambah simpanan. Hasilnya  lagi 2 oz silver. Kali nie US FLAG.



harga kali nie aku dapat rendah sebab harga jatuh kan RM200 untuk 2 keping tu
tolak pos laju= rm6 jadi untuk satu Keping = RM97. Yes!!! memang di bawah budget aku...


mcm mana2 boleh dapat harga rendah nie.kena la guna skill penawaran. jika kena gaya.. memang boleh dapat free untuk posting.. selagi boleh nego.. nego la.. sebab kalu x tanya lagi rugi

Next plan: 1 gram and 2 oz silver Baru untuk bulan March

Betul ke Harga Silver KEMUNGKINAN BESAR Turun Lagi

Ini adalah pendapat otai pelaburansilver malaysia.. Taiko Ikram Adi


Harga silver naik sikit lepas jatuh banyak
minggu lepas.

Adakah kenaikan akan berterusan?

Saya jangka ada KEMUNGKINAN BESAR
harga silver akan jatuh sekali lagi kerana
kemunculan petanda 'DEATH CROSS'



 Death Cross

"Death Cross" ialah satu fenomena di mana Harga 50 DMA akan bersilang ke bawah Harga 200 DMA.

Jom tengok graf harian silver untuk 5 tahun.



(1) Sepember 2008:
Line Biru (50 dma) menjunam & merentas Line Merah (200 DMA)

(2) November 2011:
Line Biru (50 dma) menjunam & merentas Line Merah (200 DMA)

Soalan: Apa terjadi pada harga silver pada (1) & (2)?

(3) Mac 2013
Line Biru (50 dma) menjunam & BAKAL
merentas Line Merah (200 DMA)

Soalan: Adakah sejarah akan berulang?

tajaan penaja

Kejatuhan Harga silver di Awal tahun 2013

Rasa start semalam ramai yang gembira tengok ke jatuhan harga silver yang melakukan terjunan tiruk...

Dari USD 32 ke USD 28. dalam masa seminggu. kejatuhan yang telah di jangka dari minggu lepas.




So kepada sesiapa yang nak start menyimpan silver masa nie la.. sesuai.. Kita beli dengan harga murah. kadang2 masa nie penjual membuat jualan "terkejut" sebab takut rugi.. nie yang jenis nak beli jual beli jual.. but for me.. beli silver untung long term and untuk elakkan inflasi.

Tetapi ada jugak orang yang pelik. masa harga jatuh nie la x nak beli.. nnt masa tiba2 harga naik dgn laju ke macam nak pi bulan masa tu sibuk nak beli..

aku rasa script yang sama mcm tahun lepas.. Semua orang mengharapkan harga makin jatuh.., but masih tak beli2 bila harga start naik.. masa tu la kalut nak beli.

Ingat!!! beli silver or emas nie guna duit yang kita tak nak guna dalam masa 6 bulan. or ada duit terlebih. dapat  bonus ke, or duit terpijak..

ada ke duit terpijak??? he he he

So sapa2 tanya pendapat aku. aku suruh beli sekarang sebab apa.. now relatif silver adalah bawah 1 (cheap)


Berminat nak product silver bar minted boleh call aku : 016-28-48-596



Uji Kaji: Emas + Ar-Rahnu = Silver

Ehem..

Aku dalam process nak buat uji kaji antara emas + ar-rahnu + silver



+
=

 

bagaimana dengan menggunakan kaedah nie kita mamu untuk menambahkan pendapatan atau simpanan silver

apabila kajian aku dah siap.. aku akan cerita dalam blog nie.

so mungkin berguna kepada sapa2 yang kat luar tu nak membiakkan silver / mencari keuntungan  dari penjualan silver

Syarat

1. Wajib ada barang kemas- tak kisah berapa la.. lagi banyak lagi bagus ha ha. then pi Bank rakyat- Pajak

2. Cari Penjual yang hendak menjual dengan harga yang korang saya mampu beli.

3. Jual kembali silver sehingga cukup balik modal untuk tebus emas + bayaran upah

so tu la.. step nie.. keterangan detail aku akan cerita after uji kaji aku abis..

Part 1 - dah complete
Part 2 - dah complete
Part 3- Belum lagi sebab harga sekarang tak sesuai untuk menjual.. target lepas CNY.. coz perayaan CNY ni jugak mempengaruhi harga emas/silver.

Wordless Wednesday:TV9 Cakap Kenaikan Perak 25% setahun. Betul ke

Update Mingguan Harga Silver 1 Feb

Maaf lambat update kerana sibuk dengan kerja di ofis

so ini update pasal harga silver

sumber: dekadsilver


1)
Harga Tutup 25 Jan: 31.24
Harga Buka 21 Jan: 31.36
Harga Tutup 1 Feb: 31.82

2) % Ubah: +1.86%

3) Harga Spot Malaysia = RM3.19/g

4) Sejarah harga silver:
- 10 tahun: +559.61%
- 1 tahun: +5.47%

5) Seperti yang kita jangkakan minggu lepas, harga silver menunjukkan penurunan tetapi naik balik pada area harga $30

6). GOLD:SILVER = 52.24, menunjukkan penurunan kerana peratusan harga silver naik lebih tinggi dari emas.


7) Jangkaan harga minggu depan menaik:
a. Garisan EMA3 (merah) nampaknya akan merentas ke bawah EMA10 (biru)
b. Harga silver harian sedang cuba pecah trend line menurun (oren)

Nota: Jika harga silver turun, ia mungkin boleh melonjak balik bila kena trendline biru pada lingkungan harga $31.
Jika pecah 'lantai' trendline biru, silver mungkin jatuh lebih banyak lagi.