MoA antara TNT and USM Di Metro

Open House TNT Gold Silver

Semalam aku and my family pi Open house TNT di Kota Damansara. Aku sampai pun dah pukul 1 PM. Dah ramai dah balik sebab Event Start pukul 10 AM So sempat la.. aku snap beberapa keping gambar. and salah satu nya perjanjian antara TNT dgn USM

 

 

Berita yang akan Mempengaruhi Harga Emas and Perak


New York: Rakyat Amerika Syarikat (AS) berpendapat ekonomi mereka adalah lebih buruk berbanding sebelumnya untuk tempoh lama, yang mana boleh memberi kesan meluas iaitu dari pasar raya hingga ke Rumah Putih.

Walaupun berlaku peningkatan peluang pekerjaan dan pasaran kediaman, keyakinan pengguna kini susut ke tahap terendah sejak 2011, mengikut Lembaga Persidangan. Keputusan itu adalah pembalikan terbaru dalam indeks, yang menyaksikannya bergerak turun naik tahun ini.
Indeks terbabit menurun pada Januari, naik pada Februari dan kemudian mencatatkan penurunan selama empat bulan sebelum mencatatkan kenaikan pada Julai.

Bacaan pada Ogos menunjukkan bahawa keuntungan dalam pasaran pekerjaan dan perumahan tidak cukup besar untuk meredakan kebimbangan terhadap ekonomi Amerika yang bukan setakat memberi ancaman terhadap dua tempoh beli belah terbesar tahunan buat peruncit iaitu cuti musim sejuk dan cuti sekolah yang berturutan, tetapi ia juga boleh memberi kesan terhadap bagaimana pilihan rakyat Amerika pada pilihan raya presiden November nanti.


Indeks pengguna jatuh

Ahli Ekonomi Kanan Wells Fargo Securities, Mark Vitner, berkata sudah meneliti angka keyakinan Oktober ketika pilihan raya presiden sebelum ini sejak 1972, dan tiada presiden yang dipilih semula apabila bacaan keyakinan berada di bawah 90, iaitu tahap yang menunjukkan ekonomi pada keadaan yang baik. Indeks terbabit tidak pernah mencapai tahap itu sejak Disember 2007.
Indeks Keyakinan Pengguna Persidangan Lembaga yang berpangkalan di New York jatuh kepada 60.6 pada Ogos lalu, jatuh daripada tahap penilaian semula 65.4 pada Julai dan tahap 66 yang dijangkakan oleh penganalisis.

Indeks itu kini berada pada tahap terendah yang pernah dicatatnya sejak November 2011 apabila bacaan berada pada 55.2.

“Laporan ini sedikit mengganggu menjelang ketibaan musim luruh. Pengguna kurang optimis mengenai masa hadapan,” kata Vitner.

Lulusan Sekolah Undang-Undang Georgetown yang menamatkan pengajian pada Mei lalu, Elizabeth Dann, adalah contoh mengenainya.


Keyakinan menurun

Beliau berkata, keyakinannya menurun berbanding beberapa bulan sebelumnya kerana terus bergelut untuk mencari pekerjaan tetap dalam bidang undang-undang.

Dann, 30, yang berkahwin dengan pasangannya yang bekerja dalam sektor kewangan dan kini mengandung lapan bulan, berkata dia sentiasa berhati-hati untuk berbelanja.

“Saya benar-benar melihat kelulusan di bidang undang-undang sebagai satu jalan untuk keluar dari kemelesetan. Saya amat yakin,” kata penduduk di New Rochelle, New York itu.


Tak pasti undi siapa

Namun, pasaran pekerjaan tidak meningkat seperti yang dijangkakannya dan Dann, yang mengundi untuk Barack Obama pada pilihan raya 2008, kini tidak pasti siapa yang bakal diundinya pada pilihan raya November ini.

“Kami tidak memiliki calon yang menyebelahi kami,” katanya.

Harga rumah meningkat 0.5 peratus pada Jun daripada bulan yang sama tahun lalu, kenaikan kali pertama berdasarkan perbandingan tahun ke tahun sejak musim panas 2010, menurut laporan indeks harga rumah Standard & Poor’s/Case-Shiller yang dikeluarkan Selasa lalu. - AP

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EkonomiASlebihburuk/Article

Keuntungan Melabur Dalam Silver

Salam

Selamat Hari Raya. Terlalu lama tak update Blog nie. Mungkin kerana Bulan Posa hari itu sibuk sikit.

Mungking yang mana dah lama ikut blog nie tahu bila harga perak and emas naik turun.. Contoh Kenaikan harga yang mencecahsemasa and selepas hari raya.

Pendapat aku tidak mustahil silver boleh mencecah USD35. InsyaAllah kita tunggu dah lihat.

So di sini aku nak tunjukkan salah satu contoh keuntungan dalam pelaburan silver.

Sekarang nie Maybank telah pun mewujudkan account pelaburan silver. Boleh rujuk pos aku yang lama disini

http://www.pelaburansilverbar.com/2012/07/maybank-dah-start-jual-silver.html

Jika anda lihat harga "Selling" masa 19/7/2012 baru RM2.88 and "Buying" baru RM 2.62




Cuma ada lihat harga terkini silver di web maybank

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03


Tu dia... "Selling" RM 3.26 and  "Buying" RM 2.97

Katakan Masa 19/7/2012 anda membeli 5 kilo silver

5000 x RM 2.88 = RM14400

Then dalam masa sebulan lebih anda jual kembali silver nie kepada Maybank dgn Harga "Buying" RM 2.97

5000 x RM 2.97 =  RM 14850

Cuma tengok keuntungan anda dalam masa sebulan lebih

RM 14850 - 14400 = RM 450

Rasa2 ada tak pelaburan yang memberi pulangan banyak tu hanya tak sampai 2 bulan. 

Ini hanya la.. sebagai salah satu contoh pelaburan silver. Tetapi saya tidak mengalakkan anda membeli silver dalam bentuk acct simpanan kerana kita terikat dengan hukum hakam yang perlu kita perlu patuhi sebagai seorang muslim.

Jika berminat untuk dapatkan silver dalam bentuk jongkong boleh hubungi saya 016 - 28 -48 -596


Berita Terkini Pasal TNTSILVER

Salam semua and selamat berpuasa Kepada pembaca blog aku nie.. aku mohon maaf sebab jarang update blog walaupun kadang2 banyak entry yang aku boleh tulis. mungkin kerana dengan adanya anak kecil nie membuatkan masa untuk blogging terbatas sikit.
 Kali nie just nak bagi tau semua tentang perkembangan TNTSILVER
Salam sejahtera kepada semua dan selamat berpuasa kepada yang beragama Islam. Sebagai wakil kepada syarikat T&T Gold and Silver Sdn Bhd, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa transformasi yang sedang dan akan dilaksanakan oleh syarikat T&T.


Pertama sekali, operasi syarikat akan dijalankan di bawah nama baru, T&T Gold and Silver Sdn Bhd bermula dari 27hb Julai, 2012. Ini adalah untuk melambangkan peralihan operasi organisasi T&T yang sebelum ini hanya tertumpu pada logam perak, kepada kedua-dua jenis logam bernilai iaitu emas dan perak pada masa sekarang.Kedua, laman web rasmi baru T&T iaitu http://www.tntgoldsilver.com juga dilancarkan serentak dengan penggunaan nama baru syarikat T&T. Walau bagaimanapun, adalah dimaklumkan bahawa kami masih berada dalam proses menaiktaraf sistem kami. Jadi, kami ingin memohon maaf untuk sebarang kesulitan yang timbul pada masa ini. Kami sedang berusaha untuk memastikan sistem kami akan muncul dengan wajah baru  yang bertaraf antarabangsa tidak lama lagi.
 Ketiga, T&T akan melancarkan konsep 'pusat setempat' atau 'one stop centre' untuk pengedar dan semua pelanggan. Di bawah konsep ini, T&T sudah memulakan pembinaan kilang baru di bangunan RCG, Kota Damansara yang terletak bersama dengan pejabat urusan T&T Gold and Silver Sdn Bhd. Di samping itu, T&T juga akan melancarkan peti simpanan keselamatan di seluruh Malaysia dengan kerjasama anak syarikat kepada SGPMX (Singapore Precious Metal Exchange).Keempat, terdapat perubahan besar pada produk T&T. Kebanyakan jenis yang ada sebelum ini telah dihentikan. Pada masa yang sama beberapa produk baru akan diperkenalkan.  Kami akan menyenaraikan harga semua produk lama di dalam satu ruang dalam sistem untuk rujukan jual dan beli balik oleh syarikat.  Selain dari itu, cast silver bar yang lama akan diganti dengan premium cast silver bar yang bertaraf antarabangsa. Untuk melihat silver bar ini, sila layari  Facebook T&T dihttp://www.facebook.com/tntgoldsilver.Kami akan umumkan banyak lagi berita baik dari masa ke semasa untuk dikongsikan bersama anda. Sekian, terima kasih.



Jongkong Perak Bernilai RM121 Juta

Jongkong perak bernilai RM121 juta ditemui di dasar laut.

TAMPA, Florida – Syarikat Odyssey Marine Exploration Inc. yang terkenal kerana menemui bangkai kapal Black Swan bernilai AS$500 juta (RM1.59 bilion) di perairan Portugal pada 2007 menyatakan, pihaknya menemui 48 tan jongkong perak di dalam sebuah kapal dagang Britain yang dibedil di perairan Ireland 70 tahun lalu.

Pada harga semasa, penemuan tersebut bernilai sekitar AS$38 juta (RM121 juta) manakala syarikat itu kelmarin memberitahu, lebih banyak harta karun bakal ditemui di dalam kapal berkenaan.
Menurutnya, bangkai kapal tersebut terletak sekitar 4.8 kilometer di bawah permukaan laut.



Jongkong itu ditemui daripada bangkai kapal Gairsoppa.
Kapal kargo sepanjang 125.5 meter itu tenggelam selepas dibedil sebuah kapal selam Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Di bawah satu perjanjian bersama kerajaan Britain, Odyssey dibenarkan menyimpan 80 peratus harta karun berkenaan selepas kos perbelanjaan ditolak.
Nilai kesemua jongkong tersebut berada pada sekitar AS$190 juta (RM605.4 juta).
 – Reuters

sumber: emaskini.com

Mari Layan Video terbaru



Nak Tahu pasal video nie lagi.. Klik Sini